Pasti semua sudah tahu Games bercorak perkebunan yg popular di Facebook ini. Barn Buddy, itulah nama yg diberi. Games ni telah menarik begitu ramai pelayar Facebook ketika ini, sehinggakan ada yg membuang masa begitu banyak semata-mata utk memastikan tanaman masing-masing dituai sebelum dicuri oleh rakan-rakan se-facebook.
Games ini memerlukan pemain utk bercucuk tanam, menjual tamanan utk mendapatkan wang serta mengumpul point utk menaikkan Level ke peringkat atas. Pemain juga boleh mencuri tanaman rakan-rakan se-facebook yg lain serta boleh dijual utk mendapatkan wang. Selain itu, pemain boleh mengkhainati kebun org lain dengan menaburkan serangga atau menanam rumput di tanaman yg hendak dikhianati.
Ramai tidak tahu yg aktiviti khianat ini sebenarnya boleh membantu mereka mengejar Level points dengan sedikit bantuan dari rakan-rakan sepermainan. Begini caranya:
1. Buat satu komplot dengan rakan yg boleh dipercayai (minimum 1 org), lebih ramai lebih baik
2. Tentukan masa utk aktiviti khainat
3. Anda & rakan taburkan serangga/rumput ditanaman anda atau org lain pada masa yg sama
4. Beritahu rakan anda utk menghapuskan serangga/rumput di kebun yg anda khanati, anda juga begitu.
5. Anda dan rakan anda akan mendapat point utk setiap serangga/rumput yg dihapuskan
6. Lihat level anda meningkat dengan cepat
Perhatian: setiap petak kebun hanya boleh ditaburkan maximum 3 serangga & 3 rumput pada satu-satu masa oleh setiap pemain untuk setiap stage pertumbesaran pokok tersebut. Jika pokok itu terlalu kecil (stage 3) ke bawah, serangga tidak boleh ditaburkan. Rumput boleh ditaburkan dalam petak kebun tanpa mengira stage pertumbesaran pokok tersebut.
Selamat bercucuk tanam!
Posted by
zirconue
1 comments:
Yay!~
Post a Comment