I had made a new carrier logo for Celcom users, it is tiny cute centered logo with the original color and logo of celcom. Kindly try it if you like. Below are the screenshot.

Download






Video Majlis pernikahan Fadli & Firdaus pada 24 September 2009. Selamat Pengantin Baru.

Download HQ HD


[Produksi: Zirconue Production]
[Tajuk Lagu: Selamat Pengantin Baru]
[Artis: Hijjaz]

Saya telah mencipta Gift Apps di facebook sempena menyambut hari raya Aidilfitri yg bakal menjelang tiba. Gift app itu diberi nama "Santapan Aidilfitri" Santapan Aidilfitri boleh di access di: Santapan Aidilfitri

Pelbagai hidangan traditional Aidilfitri boleh dihantar kepada saudara mara dan rakan taulan yang menggunakan facebook. Apalagi, aidilfitri dah hampir, rebutlah peluang ini utk menghadiahkan kepada sahabat handai anda semua. Akhir kata dari saya, Selamat Menyambut Aidilfitri, dan Maaf Zahir batin dari saya dan keluarga.

Pendakian Bukit Broga di Semenyih oleh geng IOC pada 12 July 2009

Pasti semua sudah tahu Games bercorak perkebunan yg popular di Facebook ini. Barn Buddy, itulah nama yg diberi. Games ni telah menarik begitu ramai pelayar Facebook ketika ini, sehinggakan ada yg membuang masa begitu banyak semata-mata utk memastikan tanaman masing-masing dituai sebelum dicuri oleh rakan-rakan se-facebook.
Games ini memerlukan pemain utk bercucuk tanam, menjual tamanan utk mendapatkan wang serta mengumpul point utk menaikkan Level ke peringkat atas. Pemain juga boleh mencuri tanaman rakan-rakan se-facebook yg lain serta boleh dijual utk mendapatkan wang. Selain itu, pemain boleh mengkhainati kebun org lain dengan menaburkan serangga atau menanam rumput di tanaman yg hendak dikhianati.

Ramai tidak tahu yg aktiviti khianat ini sebenarnya boleh membantu mereka mengejar Level points dengan sedikit bantuan dari rakan-rakan sepermainan. Begini caranya:

1. Buat satu komplot dengan rakan yg boleh dipercayai (minimum 1 org), lebih ramai lebih baik
2. Tentukan masa utk aktiviti khainat
3. Anda & rakan taburkan serangga/rumput ditanaman anda atau org lain pada masa yg sama
4. Beritahu rakan anda utk menghapuskan serangga/rumput di kebun yg anda khanati, anda juga begitu.
5. Anda dan rakan anda akan mendapat point utk setiap serangga/rumput yg dihapuskan
6. Lihat level anda meningkat dengan cepat

Perhatian: setiap petak kebun hanya boleh ditaburkan maximum 3 serangga & 3 rumput pada satu-satu masa oleh setiap pemain untuk setiap stage pertumbesaran pokok tersebut. Jika pokok itu terlalu kecil (stage 3) ke bawah, serangga tidak boleh ditaburkan. Rumput boleh ditaburkan dalam petak kebun tanpa mengira stage pertumbesaran pokok tersebut.

Selamat bercucuk tanam!

Hai, mesti ramai dikalangan penonton Astro minat dengan program in, Man Vs Wild. Satu rancangan bercorak dokumentari yg menarik lagi informative serta menghiburkan. Watak utama rancangan ini ialah Bear Grylls, bekas British Army yg minat dengan aktiviti adventure serta survival skill. Selepas berkhidmat dengan British Army, dia adalah org termuda British pulang dengan hidup selepas mendaki Mount Ama Dablan dan Gunung Everest. Dia sekarang mengacara rancangan ini selepas mendapat tawaran dari Discovery Channel utk satu rancangan yg bercorak survival di kawasan yg ekstrim.

Ramai tertarik dengan cara Bear mengacarakan rancangan ini, lebih-lebih lagi ketika melibatkan soal makan utk survival (anda pasti tahu apa yg saya maksudkan). Utk hidup, Bear mengajak penonton utk mengetahui apa yg boleh dimakan dan apa yg tidak. Pelbagai tips dikongsi dengan penonton dan ia sangat mengejutkan bila dlm keadan di mana makanan sukar diperolehi, kita boleh makan apa shj jika kita tahu apa yg kita hendak makan.
Bear juga menunjukkan cara utk bermalam dihutan, apa perlu dibuat dan apa yg perlu dielakkan ketika hendak bermalam dihutan. Teknik dia banyak mengajar cara utk memilih lokasi utk bermalam, dan bagaimana caranya utk membuat tempat tidur sesuai dengan lokasi yg dipilih.

Selain itu, Bear juga mengajar kita bagaimana utk keluar dari kawasan sukar dengan cara membuat "signal" supaya dapat dilihat oleh penyelamat ketika di kawasan yg sukar dilihat seperti hutan Amazon.
Secara kesuluruhannya, rancangan ini sangat sesuai ditonton oleh semua yg ingin mencari tips-tips yg akan banyak membantu ketika berada dikawasan yg extrim. Lebih-lebih lagi outdoors fans diluar sana. Tq





About this blog

Selamat datang ke blog saya

Followers